Keringat tani 15 anak syurga

Iskandar Puteri: Hasil bimbingan dan tunjuk ajar, sekumpulan remaja sindrom Down mampu menuai 600 kilogram (kg) cendawan kelabu dalam tempoh setiap tiga bulan bagi menampung keperluan pasaran tempatan. Pengurus Projek Persatuan Sindrom Down Negeri Johor (PSDNJ), Mohd Fizal Osman berkata, kumpulan remaja terbabit berjaya menguasai kemahiran keusahawanan tanaman cendawan di Career Centre For Down Syndrome (CCENDS) di Taman Bukit Indah di sini.