Pagi tadi saya berada di Pulai Spring Resort bagi merasmikan Program Kesedaran Masyarakat sempena Bulan Kesedaran Sindrom Down Sedunia 2020 & Pelancaran Novel Khas ‘Kerana Sayang’ terbitan Persatuan Sindrom Down Negeri Johor. Turut hadir Pengerusi JK Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Puan Zaiton binti Ismail.
Bagi pihak Kerajaan Negeri Johor, kita akan sentiasa menyokong setiap usaha yang dilaksanakan untuk memberdaya golongan kelainan upaya secara inklusif.
Lebih-lebih lagi dalam membantu keluarga yang punya anak kelainan upaya, dengan ilmu, dan bantuan yang sewajarnya. InsyaAllah, semua ini akan kita terjemahkan ke dalam Belanjawan Johor 2021.
Saya juga telah memutuskan untuk pemberian RM100,000 sebagai geran ‘one-off‘ untuk persatuan-persatuan yang berkaitan dengan sindrom down supaya lebih ramai lagi golongan-golongan ini di semua peringkat dapat dibantu.
Datuk Ir. Haji Hasni Bin Haji Mohammad
Menteri Besar Johor
   

0 28