Assalamualaikum dan Salam Makmur Johor
01 November 2020
Ahad
Hari ini saya telah melihat projek tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakan oleh Persatuan Sindrom Down Negeri Johor dengan peruntukkan geran oleh IRDA. Tahniah saya ucapkan juga kepada Persatuan kerana bergiat aktif dan berusaha untuk mencari ruang untuk menambahkan pendapatan persatuan.
Pada masa yang sama, usaha ini juga secara tidak langsung dapat menambah latihan dan kemahiran kepada ahli-ahli persatuan sindrom down. Kaedah yang digunakan ini dapatkan meningkatkan kemahiran mengira, menimbang dan juga menjaga tanaman cendawan. Akhirnya persatuan ini berjaya mendidik anak-anak ini untuk berdikari dan boleh menguruskan perniagaan yang ringkas tapi pendapatan yang lumayan.
Pn. Zaiton Haji Ismail
Pengerusi JK pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

0 27